AKTIVITI RAK MAYA: PENCARIAN HARTA KARUN
RINGKASAN AKTIVITI
Pelajar akan dicabar untuk mencari satu ebook dalam RAK MAYA sekolah yang terselit IKON HARTA KARUN.
Cikgu boleh jadikan ia dalam bentuk pertandingan beserta hadiah atau hanya sebagai cabaran untuk menggalakkan pelajar masuk ke dalam RAK MAYA dan membelek kesemua ebook yang ada bagi mencari ebook yang mempunyai harta karun.
TEMPOH WAKTU UNTUK AKTIVITI INI?
Cikgu boleh gunakan aktiviti ini bila-bila masa selagi RAK MAYA SEKOLAH cikgu masih boleh akses.
Sekarang ini sudah ada 1 ebook yang mempunyai 1 IKON HARTA KARUN yang perlu dicari oleh pelajar.
Carilah sehingga dapat.
BLINK ADA SEDIAKAN HADIAH?
Tidak. Terpulang kepada sekolah untuk sediakan atau tidak. Jika pihak sekolah mahu jadikan buku sebagai HADIAH, BLINK ada sediakan satu pakej hadiah dengan diskaun 50%.
Hanya perlu maklumkan sahaja saya. TAIP : BANTUAN HADIAH dalam grup WHATSAPPÂ
RAK MAYA sekolah cikgu
BOLEH LIHAT EBOOK YANG ADA IKON HARTA KARUN ITU?
Boleh. Cuba cikgu buka ebook berjudul STUDY SANTAI MINAT SAINS.
Kemudian buka ke mukasurat 20. Cikgu akan nampak IKON HARTA KARUN di situ.
APAKAH YANG PELAJAR PERLU BUAT SETELAH JUMPA HARTA KARUN?
Selepas jumpa ikon harta karun itu, pelajar perlu isi borang jawapan.
Masukkan nama ebook yang ada ikon harta karun tersebut.
BAGAIMANA MENGISI BORANG JAWAPAN?
CIKGU BANTU SEMAK BORANG JAWAPAN
- LINK RAK MAYA SEKOLAH CIKGU : https://.rakmaya.com
- LINK ISI BORANG JAWAPAN : https://.rakmaya.com/hartakarun
- LINK JAWAPAN PELAJAR : https://.rakmaya.com/hartakarun/data
SEBARAN MELALUI WHATSAPP ATAU TELEGRAM KEPADA WARGA SEKOLAH
Cikgu mintalah bantuan guru-guru kelas untuk sebarkan melalui WHATSAPP Grup kelas-kelas. Lebih bagus cikgu sediakan TEXT SEBARAN, jadi guru kelas hanya FORWARD sahaja MESEJ tersebut dengan mudah.
Contoh TEXT SEBARAN
MARI KITA CARI IKON HARTA KARUN DALAM RAK MAYA SEKOLAH
SIAPA JUMPA, PUSAT SUMBER SEKOLAH ADA SEDIAKAN HADIAH BEST
Klik link untuk masuk ke dalam RAK MAYA SEKOLAH kita :
https://.rakmaya.com
Kemudian, buka sebanyak mungkin EBOOK dan KOMIK, selak setiap mukasurat sehingga bertemu 1 IKON HARTA KARUN seperti dalam gambar.
Jika sudah jumpa. Klik LINK ini untuk isikan jawapan :
https://.rakmaya.com/hartakarun
PSS akan umumkan pemenang pada tarikh : XX/XX/2023
Cikgu harap ada ramai pemenang datang dari kelas ini. Semoga berjaya!
Ingat ya, link RAK MAYA sekolah kita ini tidak boleh dikongsikan kepada pelajar sekolah lain dan tidak boleh disebarkan di media sosial kerana ia melanggar akta hakcipta.
Begitulah contoh TEXT SEBARAN, isikan tarikh XX mengikut keperluan cikgu.