![LOGO1 LOGO1](https://bio.rakmaya.com/wp-content/uploads/elementor/thumbs/LOGO1-q369662g4iv6byksvym47y9n9kgull6y893vnwvdv2.png)
AKTIVITI RAK MAYA: TEKA JUDUL
![WhatsApp Image 2023-03-09 at 1.14.09 PM WhatsApp Image 2023-03-09 at 1.14.09 PM](https://bio.rakmaya.com/wp-content/uploads/elementor/thumbs/WhatsApp-Image-2023-03-09-at-1.14.09-PM-q38vt4x6kzuejz1dwhv4mlsiq904qckgsetm074t5y.jpeg)
Ini adalah sebahagian dari 5 aktiviti yang disediakan untuk RAK MAYA yang sudah upgrade.
Aktiviti ini tidak disediakan untuk RAK MAYA PERCUMA.
Mohon baca setiap butiran untuk kefahaman. Apabila cikgu ada kelapangan nanti, mohon baca dan taip semula LINK untuk kita semak sama-sama ya.
RINGKASAN AKTIVITI
Kami telah menyediakan 10 gambar yang diambil dari kulit ebook yang ada dalam RAK MAYA SEKOLAH cikgu.
Pelajar perlu meneka judul ebook melalui petunjuk (clue) yang diberikan. Petunjuk adalah gambar sebahagian kulit ebook tersebut.
Ada 10 gambar, maka pelajar perlu teka 10 judul ebook.
Bagi mendapatkan jawapan, pelajar perlu masuk ke dalam RAK MAYA sekolah dan perhatikan semua kulit ebook. Jika sepadan dengan gambar, maka itulah judul ebook yang perlu diisi sebagai jawapan.
TEMPOH WAKTU UNTUK AKTIVITI INI?
Cikgu boleh gunakan aktiviti ini bila-bila masa selagi RAK MAYA SEKOLAH cikgu masih boleh akses..
BLINK ADA SEDIAKAN HADIAH?
Tidak. Terpulang kepada sekolah untuk sediakan atau tidak. Jika pihak sekolah mahu jadikan buku sebagai HADIAH, BLINK ada sediakan satu pakej hadiah dengan diskaun 50%.
Hanya perlu maklumkan sahaja saya. TAIP : BANTUAN HADIAH dalam grup WHATSAPPÂ
RAK MAYA sekolah cikgu
APAKAH JAWAPANNYA?
Ini saya berikan JAWAPAN untuk KUIZ TEKA JUDUL.
- JAWAPAN 1 : FAKTAPEDIA MUMIA
- JAWAPAN 2 : NASYID VS KOIR (EPISOD 5)
- JAWAPAN 3 : FAKTAPEDIA TEMBOK BESAR CHINA
- JAWAPAN 4 : LAWAK SUPER KENTANG 1
- JAWAPAN 5 : LAWAK PERTARUNGAN
- JAWAPAN 6 : STUDY SANTAI : BAHASA KITA
- JAWAPAN 7 : MEOW MOR
- JAWAPAN 8 : FAKTAPEDIA DINOSAUR
- JAWAPAN 9 : KUNCI HITAM
- JAWAPAN 10 : AMARAN NENEK MISTERI
- JAWAPAN 11 : Ini bonus, jawapan subjektif dari pelajar. Sekiranya semua jawapan di atas adalah betul, maka cikgu boleh pilih jawapan 11 yang paling baik sebagai pemenang.
Semoga dipermudahkan urusan untuk cikgu pilih pemenang. Sekiranya mahu bantuan untuk sediakan hadiah, boleh taip sahaja #BantuanHadiah dalam group ini.
BAGAIMANA MENGISI BORANG JAWAPAN?
CIKGU BANTU SEMAK BORANG JAWAPAN
- LINK RAK MAYA SEKOLAH CIKGU : https://.rakmaya.com
- LINK ISI BORANG JAWAPAN : https://.rakmaya.com/tekajudul
- LINK JAWAPAN PELAJAR : https://.rakmaya.com/tekajudul/data
SEBARAN MELALUI WHATSAPP ATAU TELEGRAM KEPADA WARGA SEKOLAH
Cikgu mintalah bantuan guru-guru kelas untuk sebarkan melalui WHATSAPP Grup kelas-kelas. Lebih bagus cikgu sediakan TEXT SEBARAN, jadi guru kelas hanya FORWARD sahaja MESEJ tersebut dengan mudah.
Contoh TEXT SEBARAN
SIAPAKAH YANG BOLEH MENEKA JUDUL BAGI KULIT EBOOK INI?
Pusat sumber sekolah ada menyediakan aktiviti menarik bulan ini. Cabaran kepada semua pelajar untuk mencari 10 judul ebook.
Apakah 10 judul ebook itu? Petunjuknya hanyalah sebahagian kecil gambar kulit ebook.
Sekolah ada sediakan hadiah untuk 10 pelajar yang dapat menjawab dengan betul kesemua 10 soalan.
Ini adalah LINK untuk melihat 10 soalan tersebut :
https://.rakmaya.com/tekajudul
Ini pula LINK untuk masuk ke RAK MAYA SEKOLAH kita :
Untuk mendapatkan jawapan, mesti masuk ke dalam RAK MAYA SEKOLAH kita dan padankan gambar pada soalan dengan kulit ebook dalam RAK MAYA.
Jika sudah pasti dengan jawapan, maka tulis judul ebook di bahagian jawapan.
PSS akan umumkan pemenang pada tarikh : XX/XX/2022
Cikgu harap ada ramai pemenang datang dari kelas ini. Semoga berjaya!
Ingat ya, link RAK MAYA sekolah kita ini tidak boleh dikongsikan kepada pelajar sekolah lain dan tidak boleh disebarkan di media sosial kerana ia melanggar akta hakcipta.
Begitulah contoh TEXT SEBARAN, isikan tarikh XX mengikut keperluan cikgu.