Jalur Gemilang

LOGO1

AKTIVITI RAK MAYA: KIRA JALUR GEMILANG

WhatsApp Image 2023-03-09 at 1.41.34 PM

Aktiviti PSS untuk BULAN KEMERDEKAAN. Boleh jadikan ia sebagai pertandingan.

Ini adalah sebahagian dari 5 aktiviti yang disediakan untuk RAK MAYA yang sudah upgrade. Aktiviti ini tidak disediakan untuk RAK MAYA PERCUMA.

Mohon baca setiap butiran untuk kefahaman. Apabila cikgu ada kelapangan nanti, mohon baca dan taip semula LINK untuk kita semak sama-sama ya.

RINGKASAN AKTIVITI

Aktiviti kali ini adalah cabaran mencari JALUR GEMILANG dalam setiap EBOOK.

Kami telah masukkan JALUR GEMILANG ke dalam 12 judul ebook.

Semua JALUR GEMILANG ini diletakkan pada muka surat terakhir ebook.

Langkah 1 : Pelajar perlu klik masuk ke dalam RAK MAYA SEKOLAH.

Langkah 2 : Pelajar perlu membuka semua ebook dalam RAK MAYA SEKOLAH, selak sehingga ke muka surat terakhir.

Langkah 3 : Pelajar perlu klik link untuk isi borang jawapan dan masukkan jumlah JALUR GEMILANG yang dijumpai.

Langkah 4 : Pelajar tekan butang “HANTAR PENYERTAAN” dan tunggu pengumuman pemenang dari PSS.

TEMPOH WAKTU UNTUK AKTIVITI INI?

Cikgu boleh gunakan aktiviti ini bila-bila masa selagi RAK MAYA SEKOLAH cikgu masih boleh akses. Saya cadangkan guna dalam bulan OGOS / SEPTEMBER ini.

BLINK ADA SEDIAKAN HADIAH?

Tidak. Terpulang kepada sekolah untuk sediakan atau tidak. Jika pihak sekolah mahu jadikan buku sebagai HADIAH, BLINK ada sediakan satu pakej hadiah dengan diskaun 50%.

Hanya perlu maklumkan sahaja saya. TAIP : BANTUAN HADIAH dalam grup WHATSAPP 
RAK MAYA sekolah cikgu

CIKGU MAHU TAHU EBOOK MANA YANG ADA JALUR GEMILANG?

Ebook yang ada Jalur Gemilang di muka surat terakhir :

  1. Faktapedia: Manusia Tertua
  2. Faktapedia: Mumia
  3. Faktapedia: Segitiga Bermuda
  4. Nasyid vs Kior Ep 5
  5. Misteri Nusantara Sri Bangsar
  6. Milo Si Kucing Berkepak
  7. Study Santai Jaga Diri
  8. Study Group Santai
  9. Superkentang 3
  10. Lawak Robot
  11. Perkhemahan Khas
  12. Kunci Hitam

BAGAIMANA MENGISI BORANG JAWAPAN?

Pelajar perlu KLIK alamat berikut: https://.rakmaya.com/merdeka Kemudian isikan nama penuh dan nama kelas.

CIKGU BANTU SEMAK BORANG JAWAPAN

Kami sudah sediakan link KHAS untuk sekolah cikgu, tapi cikgu mesti bantu saya untuk tulis semula LINK sekolah cikgu dan juga mesti BANTU SEMAK link itu supaya betul. Kami sediakan LINK KHAS untuk setiap sekolah, agar setiap sekolah dapat akses peserta untuk sekolah masing-masing.

SEBARAN MELALUI WHATSAPP ATAU TELEGRAM KEPADA WARGA SEKOLAH

Cikgu mintalah bantuan guru-guru kelas untuk sebarkan melalui WHATSAPP Grup kelas-kelas. Lebih bagus cikgu sediakan TEXT SEBARAN, jadi guru kelas hanya FORWARD sahaja MESEJ tersebut dengan mudah.

Contoh TEXT SEBARAN

PERTANDINGAN KIRA JALUR GEMILANG
MARI KITA TEKA BERAPAKAH JALUR GEMILANG YANG TERDAPAT DALAM RAK MAYA SEKOLAH KITA?

Sekolah ada sediakan hadiah pelajar yang dapat memberikan jawapan yang betul.

Jika ada ramai yang beri jawapan betul, sekolah akan memilih pemenang berdasarkan kepada SLOGAN yang paling kreatif dan menarik.

Semua JALUR GEMILANG ini diletakkan pada muka surat terakhir ebook.

Langkah 1 : Pelajar perlu klik masuk ke dalam RAK MAYA SEKOLAH. Sila klik link RAK MAYA SEKOLAH ini : https://.rakmaya.com

Langkah 2 : Pelajar perlu membuka semua ebook dalam RAK MAYA SEKOLAH, selak sehingga ke muka surat terakhir dan catit berapa JALUR GEMILANG yang dijumpai.

Langkah 3 : Pelajar perlu klik link untuk isi borang jawapan dan masukkan jumlah JALUR GEMILANG yang dijumpai. Ini link borang untuk isi jawapan : https://.rakmaya.com/merdeka

Langkah AKHIR : Pelajar tekan butang “HANTAR PENYERTAAN” sebelum tarikh TUTUP iaitu 1 September 2023.

PSS akan umumkan pemenang pada tarikh : XX/XX/2022

Semoga berjaya!

Ingat ya, link RAK MAYA sekolah kita ini tidak boleh dikongsikan kepada pelajar sekolah lain dan tidak boleh disebarkan di media sosial kerana ia melanggar akta hakcipta.


Begitulah contoh TEXT SEBARAN, isikan tarikh XX mengikut keperluan cikgu.