AKTIVITI RAK MAYA: KUIZ RAK MAYA
Ini adalah sebahagian dari 5 aktiviti yang disediakan untuk RAK MAYA yang sudah upgrade. Aktiviti ini tidak disediakan untuk RAK MAYA PERCUMA.
Mohon baca setiap butiran untuk kefahaman. Apabila cikgu ada kelapangan nanti, mohon baca dan taip semula LINK untuk kita semak sama-sama ya.
RINGKASAN AKTIVITI
Ini BLINK ada sediakan satu aktiviti yang dinamakan KUIZ RAK MAYA SEKOLAH.
TUJUAN AKTIVITI INI adalah untuk menarik minat pelajar bagi membaca sebanyak mungkin ebook dalam rak maya sekolah cikgu.
Ada 10 soalan kuiz dalam laman itu. Pelajar hanya dapat jawab apabila mereka membaca ebook yang berkaitan.
TEMPOH WAKTU UNTUK AKTIVITI INI?
Cikgu boleh gunakan aktiviti ini bila-bila masa selagi RAK MAYA SEKOLAH cikgu masih boleh akses.
BLINK ADA SEDIAKAN HADIAH?
Tidak. Terpulang kepada sekolah untuk sediakan atau tidak. Jika pihak sekolah mahu jadikan buku sebagai HADIAH, BLINK ada sediakan satu pakej hadiah dengan diskaun 50%.
Hanya perlu maklumkan sahaja saya. TAIP : BANTUAN HADIAH dalam grup WHATSAPP
RAK MAYA sekolah cikgu
JAWAPAN KUIZ RAK MAYA BLINK
Cikgu, ini saya berikan JAWAPAN KUIZ RAK MAYA BLINK bagi memudahkan cikgu memilih pemenang.
Link untuk semak jawapan saya sudah berikan di mesej di atas. Cikgu sudah lihat?
Sekiranya terdapat ramai pelajar yang menjawab, saya cadangkan cikgu guna kaedah ini untuk memudahkan cikgu memilih pemenang.
- Cikgu hanya fokus kepada jawapan dalam soalan 10. Cari yang paling baik dari jawapan itu.
- Setelah dapat beberapa jawapan soalan 10 yang terbaik, barulah cikgu cek jawapan bagi soalan 1 hingga 9 oleh pelajar tersebut.
- Hanya pelajar yang jawab semua betul akan dikira sebagai pemenang.
- Begitulah cara untuk permudahkan cikgu memilih pemenang, jadi tak perlulah nak semak semua jawapan pelajar.
SELAMAT MENYEMAK JAWAPAN
Soalan 1) Tahukah anda… bangunan Taj Mahal yang nampak seperti binaan sebuah masjid, adalah sebenarnya sebuah makam mayat. Haa… inilah lambang binaan makam cinta Maharaja Shah Jahan kepada isterinya yang bernama Mumtaz Mahal. Isteri kesayangan ini meninggal ketika melahirkan: *
(Bacalah e-buku Faktapedia: Taj Mahal bagi mendapat jawapan)
JAWAPAN : Anak ke-14
Soalan 2) Okey, ini adalah fakta yang sedikit seram. Di dunia ini ada pelbagai budaya kematian. Apabila ada kematian, bangsa India lazimnya membakar mayat. Orang Islam akan menanamnya di tanah perkuburan. Haa.. cuba teka apa yang dibuat oleh orang Wari’ yang tinggal di Hutan Amazon bagi melupuskan mayat? *
(Bacalah e-buku Faktapedia: Tentang Kematian bagi mendapatkan jawapan, jangan takut pula ya!)
JAWAPAN : dibakar dagingnya, lalu dimakan
Soalan 3) Tokoh bernama Adolf Hitler sememangnya terkenal kerana membunuh 50 juta manusia bangsa Yahudi. Bermisai kontot dan menjadi ikon kekejaman yang dipanggil diktator dari neraka. Ssshh…. sebenarnya Adolf Hitler ada rahsia yang tidak diketahui. Adolf Hitler sangat takut: *
(Bacalah e-buku Faktapedia: Tokoh Kekejaman bagi mendapatkan jawapan yang sebenar)
JAWAPAN : Kucing
Soalan 4) Korea Utara sangat misteri, ia adalah sebuah negara komunis yang mengamalkan dasar pintu tertutup dan tidak ramai tahu mengenainya. Tahukah anda… dasar tertutup Korea Utara ini membuatkan pemerintah kerajaan dan rakyatnya sangat tidak suka kepada produk-produk negara barat seperti Amerika. Boleh teka, mana satu jenama makanan dan minuman popular yang diharamkan dijual di Korea Utara? *
(Wajib baca Faktapedia: Misteri Korea Utara jika mahu dapat jawab soalan ini)
JAWAPAN : Coke dan McDonald
Soalan 5) E-buku bertajuk Miss Sorak VS Budak Kawad sememangnya menarik. Menceritakan kisah dua remaja yang berlainan minat. Seorang ahli sorak, dilabel hanya pandai menari tergedik-gedik. Seorang budak kawad… dikatakan macam robot tiada perasaan, hanya menghafal rentak kawad yang tidak kreatif langsung. Bolehkah pembaca beritahu nama penuh dua watak utama dalam e-buku ini yang bermusuhan? *
(Cari jawapan dalam e-buku bertajuk Miss Sorak VS Budak Kawad)
JAWAPAN : Intan Lara dan Duke Arjuna
Soalan 6) E-buku bertajuk Amaran Nenek Misteri adalah kisah yang diambil melalui satu kisah benar temubual dengan mangsa tanah runtuh. Jika kita cakna dengan perkembangan semasa… bolehkah pembaca kenalpasti satu kejadian tanah runtuh popular yang pernah berlaku di negara kita, sehingga menumbangkan sebuah kondominium? *
(Sila baca e-buku Amaran Nenek Misteri, jangan takut… ini bukan kisah hantu ya, ia hanyalah kisah mistik yang punya banyak pengajaran di dalamnya)
JAWAPAN : Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Soalan 7) Tahukah anda wujud tumbuhan paling seksi di muka bumi, bunganya berbentuk seakan-akan bibir yang bergincu. Namanya Psychotria Elata atau dipanggil bunga bibir merah. Bolehkah pembaca kenalpasti di mana lokasi bunga ini dapat tumbuh dan membiak? *
(Silalah lihat sendiri imej dan gambar bunga paling seksi ini dengan membaca e-buku Faktapedia: Tumbuhan Ganjil)
JAWAPAN : Colombia, Costa Rica dan Panama
Soalan 8) Beberapa e-komik di dalam rak maya ini mempunyai tema akademik dengan siri bertajuk STUDY SANTAI. Ia sangat sesuai dibaca, kelakar kontennya dan mempunyai ilmu bermanfaat yang amat berguna. Sila layari rak maya ini dan perhatikan betul-betul semua tajuk e-komik STUDY SANTAI yang ada. Pilih tajuk yang betul-betul ada dalam rak sahaja ya! *
JAWAPAN : Study Santai Bahasa Peribahasa 1, Study Santai Bahasa Jiwa Bangsa, Study Santai Belajar Sains
Soalan 9 dan 10 adalah soalan subjektif, cikgu boleh baca dan berikan penilaian sendiri.
BAGAIMANA MENGISI BORANG JAWAPAN?
Pelajar perlu KLIK alamat berikut:
Kemudian isikan nama penuh dan nama kelas.
CIKGU BANTU SEMAK BORANG JAWAPAN
Kami sudah sediakan link KHAS untuk sekolah cikgu, tapi cikgu mesti bantu saya untuk tulis semula LINK sekolah cikgu dan juga mesti BANTU SEMAK link itu supaya betul.
Kami sediakan LINK KHAS untuk setiap sekolah, agar setiap sekolah dapat akses peserta untuk sekolah masing-masing.
- LINK RAK MAYA SEKOLAH CIKGU : https://.rakmaya.com
- LINK ISI BORANG JAWAPAN : https://.rakmaya.com/kuiz
- LINK JAWAPAN PELAJAR : https://.rakmaya.com/kuiz/data
SEBARAN MELALUI WHATSAPP ATAU TELEGRAM KEPADA WARGA SEKOLAH
Cikgu mintalah bantuan guru-guru kelas untuk sebarkan melalui WHATSAPP Grup kelas-kelas. Lebih bagus cikgu sediakan TEXT SEBARAN, jadi guru kelas hanya FORWARD sahaja MESEJ tersebut dengan mudah.
Contoh TEXT SEBARAN
SIAPA DAPAT JAWAB SEMUA SOALAN KUIZ INI, ADA HADIAH BEST DARI PUSAT SUMBER SEKOLAH.
Klik link ini untuk lihat soalan kuiz : https://.rakmaya.com/kuiz
Jawapan kepada setiap soalan kuiz itu ada dalam ebook yang boleh dibaca dari RAK MAYA SEKOLAH kita.
Klik link untuk baca ebook dalam RAK MAYA :
https://.rakmaya.com
PSS akan umumkan pemenang pada tarikh : XX/XX/2023
Cikgu harap ada ramai pemenang datang dari kelas ini. Semoga berjaya!
Ingat ya, link RAK MAYA sekolah kita ini tidak boleh dikongsikan kepada pelajar sekolah lain dan tidak boleh disebarkan di media sosial kerana ia melanggar akta hakcipta.
Begitulah contoh TEXT SEBARAN, isikan tarikh XX mengikut keperluan cikgu.