AKTIVITI RAK MAYA: BINA KATA
Ini adalah sebahagian dari 5 aktiviti yang disediakan untuk RAK MAYA yang sudah upgrade. Aktiviti ini tidak disediakan untuk RAK MAYA PERCUMA.
Mohon baca setiap butiran untuk kefahaman. Apabila cikgu ada kelapangan nanti, mohon baca dan taip semula LINK untuk kita semak sama-sama ya.
RINGKASAN AKTIVITI
Kami telah meletakkan 8 huruf yang tersembunyi dalam RAK MAYA SEKOLAH cikgu.
Ada 8 ebook, kami letakkan 1 huruf dalam setiap ebook itu di muka surat terakhir.
Pelajar perlu mencari dengan membuka semua ebook yang ada dalam RAK MAYA SEKOLAH.
Apabila pelajar telah jumpa kesemua 8 huruf itu, mereka perlu menyusun huruf itu menjadi satu perkataan. Siapa yang dapat jawab, itulah pemenang.
TEMPOH WAKTU UNTUK AKTIVITI INI?
Cikgu boleh gunakan aktiviti ini bila-bila masa selagi RAK MAYA SEKOLAH cikgu masih boleh akses.
BLINK ADA SEDIAKAN HADIAH?
Tidak. Terpulang kepada sekolah untuk sediakan atau tidak. Jika pihak sekolah mahu jadikan buku sebagai HADIAH, BLINK ada sediakan satu pakej hadiah dengan diskaun 50%.
Hanya perlu maklumkan sahaja saya. TAIP : BANTUAN HADIAH dalam grup WHATSAPPÂ
RAK MAYA sekolah cikgu
CIKGU MAHU LIHAT CONTOH EBOOK YANG ADA HURUF ITU?
Saya berikan satu judul ebook iaitu FAKTAPEDIA: HAIWAN MENARIK. Cuba cikgu lihat ke mukasurat yang terakhir. Cikgu sudah jumpa satu huruf. Ada 7 lagi huruf yang perlu di cari.
- PERANG ALI-AISYAH
- FAKTAPEDIA: MISTERI KOREA UTARA
- STUDY SANTAI: BELAJAR SAINS
- TARBIAH DIRI
- PENGAJARAN MASA DEPAN
- LAWAK SUPERKENTANG 4
- SORAK VS KAWAD EPISOD 2
APAKAH 8 HURUF ITU?
APAKAH JAWAPANNYA?
Pelajar perlu susun huruf itu hingga jadi satu perkataan. JAWAPANNYA adalah MALDIVES.
Sekiranya ada ramai pelajar yang dapat jawab perkataan MALDIVES, saya cadangkan cikgu buat undian untuk mencari pemenang.
Lagi satu cara, cikgu pilih pelajar yang paling awal jawab betul. Lihat dalam senarai pemenang itu, kami ada rekodkan masa mereka mengisi borang jawapan.
Semoga dipermudahkan urusan untuk cikgu pilih pemenang.
BAGAIMANA MENGISI BORANG JAWAPAN?
CIKGU BANTU SEMAK BORANG JAWAPAN
- LINK RAK MAYA SEKOLAH CIKGU : https://.rakmaya.com
- LINK ISI BORANG JAWAPAN : https://.rakmaya.com/binakata
- LINK JAWAPAN PELAJAR : https://.rakmaya.com/binakata/data
SEBARAN MELALUI WHATSAPP ATAU TELEGRAM KEPADA WARGA SEKOLAH
Cikgu mintalah bantuan guru-guru kelas untuk sebarkan melalui WHATSAPP Grup kelas-kelas. Lebih bagus cikgu sediakan TEXT SEBARAN, jadi guru kelas hanya FORWARD sahaja MESEJ tersebut dengan mudah.
Contoh TEXT SEBARAN
MARI CARI 8 HURUF YANG TERSEMBUNYI DALAM EBOOK DAN BINA SATU PERKATAAN DARI 8 HURUF ITU UNTUK MEMENANGI HADIAH.
Pusat sumber sekolah ada menyediakan aktiviti menarik bulan ini. Cabaran kepada semua pelajar untuk mencari 8 ebook yang ada 1 huruf tersembunyi di muka surat paling akhir dalam ebook tersebut.
Langkah pertama, klik link RAK MAYA SEKOLAH kita ini :
Langkah kedua, buka semua ebook hingga ke muka surat paling akhir kerana kesemua 8 huruf itu diletakkan di muka surat akhir.
Langkah ketiga, setelah jumpa kesemua 8 huruf itu, cuba susun hingga menjadi satu perkataan.
Langkah keempat, kemudian isi jawapan di dalam borang ini. Boleh klik di sini :
Langkah kelima, tunggu pihak Pusat Sumber Sekolah umumkan pemenang. Pemenang akan diumumkan pada tarikh : XX/XX/2023
Semoga berjaya!
Ingat ya, link RAK MAYA sekolah kita ini tidak boleh dikongsikan kepada pelajar sekolah lain dan tidak boleh disebarkan di media sosial kerana ia melanggar akta hakcipta.
Begitulah contoh TEXT SEBARAN, isikan tarikh XX mengikut keperluan cikgu.