Malaysia Madani

LOGO1

AKTIVITI RAK MAYA: BERAPAKAH LOGO MALAYSIA MADANI DALAM RAK MAYA SEKOLAH KITA?

Murid dicabar mencari LOGO MALAYSIA MADANI seperti dalam gambar di atas yang telah diletakkan diletakkan pada muka surat terakhir ebuku yang ada dalam RAK MAYA SEKOLAH.

LANGKAH DEMI LANGKAH

Langkah 1 : Cikgu sediakan mesej sebaran dan sebarkan melalui WhatsApp atau Telegram kepada semua pelajar.

Langkah 2 : Pelajar baca mesej sebaran dan klik masuk ke dalam RAK MAYA SEKOLAH.

Langkah 3 : Pelajar perlu membuka semua e-buku dalam RAK MAYA SEKOLAH, selak sehingga jumpa logo MALAYSIA MADANI di muka surat terakhir.

Langkah 4 : Pelajar perlu klik link untuk isi borang jawapan dan masukkan jumlah keseluruhan LOGO MALAYSIA MADANI dalam RAK MAYA SEKOLAH.

Langkah 5 : Setelah lengkap isi borang. Pelajar tekan butang “HANTAR PENYERTAAN” dan tunggu pengumuman pemenang dari PSS.

TEMPOH WAKTU UNTUK AKTIVITI INI?

Cikgu boleh gunakan aktiviti ini sepanjang bulan OGOS dan SEPTEMBER 2025.

CIKGU MAHU TAHU E-BUKU MANA YANG ADA LOGO MALAYSIA MADANI?

Judul E-BUKU yang ada LOGO MALAYSOA MADANI di muka surat terakhir :

  1. ANAK PENOREH BEROLEH SEJUTA!
  2. SEJARAH SILAM HANG TUAH
  3. SAYANGI MALAYSIAKU
  4. SAINS SEKITAR: PLASTIK MAUT
  5. THE SECRET FRIEND DALAM SALJI

BAGAIMANA MENGISI BORANG JAWAPAN?

Pelajar perlu KLIK alamat berikut:

https://.rakmaya.com/madani

Kemudian isikan nama penuh dan nama kelas.

CIKGU BANTU SEMAK BORANG JAWAPAN

Kami sudah sediakan link KHAS untuk sekolah cikgu, tapi cikgu mesti bantu saya untuk tulis semula LINK sekolah cikgu dan juga mesti BANTU SEMAK link itu supaya betul.

Kami sediakan LINK KHAS untuk setiap sekolah, agar setiap sekolah dapat akses peserta untuk sekolah masing-masing.

SEBARAN MELALUI WHATSAPP ATAU TELEGRAM KEPADA WARGA SEKOLAH

Cikgu mintalah bantuan guru-guru kelas untuk sebarkan melalui WHATSAPP Grup kelas-kelas. Lebih bagus cikgu sediakan TEXT SEBARAN, jadi guru kelas hanya FORWARD sahaja MESEJ tersebut dengan mudah.

Contoh TEXT SEBARAN

PERTANDINGAN KIRA LOGO MALAYSIA MADANI
MARI KITA TEKA BERAPAKAH LOGO MALAYSIA MADANI TERDAPAT DALAM RAK MAYA SEKOLAH KITA?

Sekolah ada sediakan hadiah pelajar yang dapat memberikan jawapan yang betul.

Jika ada ramai yang beri jawapan betul, sekolah akan memilih pemenang berdasarkan kepada SLOGAN yang paling kreatif dan menarik.

Semua LOGO MALAYSIA MADANI ini diletakkan pada muka surat terakhir ebook.

Langkah 1 : Pelajar perlu klik masuk ke dalam RAK MAYA SEKOLAH. Sila klik link RAK MAYA SEKOLAH ini : https://.rakmaya.com

Langkah 2 : Pelajar perlu membuka semua ebook dalam RAK MAYA SEKOLAH, selak sehingga ke muka surat terakhir dan catit berapa LOGO MALAYSIA MADANI yang dijumpai.

Langkah 3 : Pelajar perlu klik link ini untuk isi jawapan : https://.rakmaya.com/madani

Langkah AKHIR : Pelajar tekan butang “HANTAR PENYERTAAN” sebelum tarikh TUTUP iaitu XX Ogos 2025.

PSS akan umumkan pemenang pada tarikh : XX/XX/2025

Semoga berjaya!

Ingat ya, link RAK MAYA sekolah kita ini tidak boleh dikongsikan kepada pelajar sekolah lain dan tidak boleh disebarkan di media sosial kerana ia melanggar akta hakcipta.


Begitulah contoh TEXT SEBARAN, isikan tarikh XX mengikut keperluan cikgu.