Teka Kata

LOGO1

AKTIVITI RAK MAYA: TEKA KATA

WhatsApp Image 2023-03-08 at 6.35.29 PM

Ini adalah sebahagian dari 5 aktiviti yang disediakan untuk RAK MAYA yang sudah upgrade. Aktiviti ini tidak disediakan untuk RAK MAYA PERCUMA.

Mohon baca setiap butiran untuk kefahaman. Apabila cikgu ada kelapangan nanti, mohon baca dan taip semula LINK untuk kita semak sama-sama ya.

RINGKASAN AKTIVITI

Aktiviti kali ini adalah cabaran meneka perkataan yang telah ditutup oleh PELEKAT MERAH.

Kami telah SNAPSHOT 10 mukasurat ebook yang berlainan, kemudian TUTUPkan perkataan supaya boleh diteka oleh pelajar. Semua ebook ini ada dalam RAK MAYA SEKOLAH cikgu.

Ada 10 SOALAN yang perlu diteka. Bagi mendapatkan jawapan, pelajar perlu masuk ke dalam RAK MAYA SEKOLAH dan membaca EBOOK yang sama seperti soalan yang diberikan.

TEMPOH WAKTU UNTUK AKTIVITI INI?

Cikgu boleh gunakan aktiviti ini bila-bila masa selagi RAK MAYA SEKOLAH cikgu masih boleh akses..

BLINK ADA SEDIAKAN HADIAH?

Tidak. Terpulang kepada sekolah untuk sediakan atau tidak. Ada GPM sediakan sijil sahaja. Ada juga GPM umumkan sahaja pemenang tanpa hadiah.

Sekiranya cikgu mahu beli hadiah buku. Kami boleh bantu berikan hadiah buku dengan diskaun yang bagus.

Hanya perlu maklumkan sahaja saya. TAIP : #BANTUANHADIAH dalam grup WHATSAPP 
RAK MAYA sekolah cikgu

JAWAPAN SOALAN

Ini saya berikan JAWAPAN kepada semua SOALAN AKTIVITI TEKA KATA.

Jawapan bagi soalan 1 :
B) inspirasi

Jawapan bagi soalan 2 :
C) Zombie

Jawapan bagi soalan 3 :
D) Kentang Torch

Jawapan bagi soalan 4 :
C) Firaun Kufu

Jawapan bagi soalan 5 :
B) Berjudi itu haram.

Jawapan bagi soalan 6 :
C) Jangan bergerak!

Jawapan bagi soalan 7 :
C) SMK Jaya Setapak

Jawapan bagi soalan 8 :
B) Jangan degil

Jawapan bagi soalan 9 :
D) tikar getah

Jawapan bagi soalan 10 :
B) monyok

BAGAIMANA CIKGU PILIH PEMENANG?

Terpulang kepada cikgu.

Ada sekolah pilih siapa yang jawab paling pantas. Melalui LINK JAWAPAN PESERTA itu cikgu boleh lihat masa pelajar menjawab dalam senarai jawapan pelajar.

Ada sekolah membuat UNDIAN. Setelah dikumpulkan semua peserta yang menjawab BETUL 10 SOALAN, maka dibuat undian memilih pemenang.

Semoga dipermudahkan urusan untuk cikgu pilih pemenang.

Sekiranya mahu bantuan untuk sediakan hadiah, boleh taip sahaja #BantuanHadiah dalam group WHATSAPP RAK MAYA sekolahh cikgu.

BAGAIMANA MENGISI BORANG JAWAPAN?

Pelajar perlu KLIK alamat berikut: https://.rakmaya.com/tekakata Kemudian isikan nama penuh dan nama kelas.

CIKGU BANTU SEMAK BORANG JAWAPAN

Kami sudah sediakan link KHAS untuk sekolah cikgu, tapi cikgu mesti bantu saya untuk tulis semula LINK sekolah cikgu dan juga mesti BANTU SEMAK link itu supaya betul. Kami sediakan LINK KHAS untuk setiap sekolah, agar setiap sekolah dapat akses peserta untuk sekolah masing-masing.

SEBARAN MELALUI WHATSAPP ATAU TELEGRAM KEPADA WARGA SEKOLAH

Cikgu mintalah bantuan guru-guru kelas untuk sebarkan melalui WHATSAPP Grup kelas-kelas. Lebih bagus cikgu sediakan TEXT SEBARAN, jadi guru kelas hanya FORWARD sahaja MESEJ tersebut dengan mudah.

Contoh TEXT SEBARAN

AKTIVITI RAK MAYA SEKOLAH
PERTANDINGAN MENEKA PERKATAAN DALAM EBOOK RAK MAYA SEKOLAH.

MARI KITA TEKA APAKAH PERKATAAN YANG TERTUTUP OLEH PELEKAT MERAH ITU.
SIAPA BOLEH JAWAB SEMUA 10 SOALAN DENGAN BETUL BOLEH MENANG HADIAH.

Langkah pertama, klik LINK ini untuk melihat 10 soalan tersebut :

https://.rakmaya.com/tekakata

Kemudian masuk ke RAK MAYA SEKOLAH kita, klik link ini :

https://.rakmaya.com

Carilah ebook yang ada muka surat sama dengan apa yang tersenarai dalam borang soalan.

Pastikan isi jawapan untuk kesemua 10 soalan dan isi maklumat pelajar.

Kemudian tunggu pihak Pusat Sumber Sekolah umumkan pemenang. Pemenang akan diumumkan pada tarikh : XX/XX/2023

Semoga berjaya!

Ingat ya, link RAK MAYA sekolah kita ini tidak boleh dikongsikan kepada pelajar sekolah lain dan tidak boleh disebarkan di media sosial kerana ia melanggar akta hakcipta.


Begitulah contoh TEXT SEBARAN, isikan tarikh XX mengikut keperluan cikgu.